Thursday, 22 March 2012

Sibuk


Dah terlalu lama tak update blog. Sibuk dengan duniawi. Tak sempat nak touch up bahan2 untuk diupload. Dalam 2,3 minggu ni, akan ada gambar2 terbaru dimuat naik ke blog ini. nantikan...

Friday, 13 May 2011

HDR (high dynamic range) First Collection



Assalamualaikum.. Ini merupakan koleksi pertama HDR saya. Yang mana gambar-gambar ini telah dirakamkan menggunakan 3exposure yang berbeza-beza, kemudian digabungkan kedalam software Photomatix Pro dan disiapkan di dalam Photoshop CS3. Koleksi ini merupakan proses pembelajaran bagi saya yang masih sangat baru di dalam bidang HDR ini. Jikalau ada yang berminat untuk mencuba teknik ini, bolehlah hubungi saya untuk outing. boleh kita berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Insyallah..
TQ..

Tempahan Kini Dibuka


Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya melalui telefon yang tertera di atas..

Majlis Perkahwinan Elieynz & Along





Majlis Perkahwinan Lin & Along ini telah berlansung di Kerteh Terengganu. Kedua dua pasangan bekerja di Kuantan. Sepanjang sesi pengambaran mereka, bermacam-macam ragam yang datang tanpa diduga. Walaupun kedua-duanya masih muda, tapi mereka cepat mesra dan selesa sepanjang sesi. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan "Hafiz" dan pasangan "Haness" yang menyediakan hospitaliti yang terbaik sepanjang saya berada di sana. Terima kasih kepada Lin & Along yang memilih Weiart Fotografi sebagai Jurugambar rasmi mereka..

Tuesday, 19 April 2011

Majlis Pertunangan Min & Jeff








Majlis Pertunangan Min & Jeff ini telah dilangsungkan di Pekan Pahang. Min yang berasal dari Pekan Pahang telah diikat oleh Jeff yang datangnya dari Terengganu. Majlis yang serba sederhana ini tetap meriah dan dipenuhi hilai tawa gurauan ahli keluarga dan undangan. Keluarga yang Sporting dan mesra memudahkan sesi pergambaran yang menyeronokkan. Terima kasih tidak terhingga kepada En.Rahim dan Puan Noriah yang memberi peluang kepada Weiart Fotografi merakam Kenangan dan moment bersejarah ini. Kepada kedua pasangan, terima kasih saya ucapkan kerana melantik Weiart Fotografi sebagai Jurugambar rasmi mereka..